Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohamad Sanusi menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak di Hikmah Exchange Event Centre malam ini. Foto Zaim Zharfan (TVS)

TYT hadiri Majlis Aidilfitri Persekutuan Pengakap Malaysia

ByOdleen Catherny

KUCHING, 4 Mei: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohamad Sanusi menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak di Hikmah Exchange Event Centre malam ini.

Beliau dimasyurkan sebagai Penaung Utama Persekutuan Pengakap Malaysia berkuat kuasa 13 Mac 2024.

Dalam ucapan alu-aluannya, Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri Sarawak, Dato Mohamad Safri Datuk Abdillah berkata, kepimpinan Tuan Yang Terutama baik di peringkat negeri mahupun di peringkat persekutuan amat disanjungi seluruh ahli Pengakap.

“Tun Pehin Sri merupakan tokoh kepimpinan yang telah berkhidmat sekian lama kepada negeri dan negara.

“Kita seluruh ahli Pengakap di Sarawak ingin menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT di atas pelantikan seorang tokoh besar di dalam Pengakap Sarawak sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak. la akan tersimpan secara abadi dalam lipatan sejarah pergerakan Pengakap di Sarawak,” katanya.

Simbolik majlis disempurnakan Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri dengan upacara memotong pulut kuning di atas pentas.

Turut hadir Ketua Pengakap Malaysia, Mejar Jeneral (B) Prof. Dato Dr Mohd Zin Bidin serta rombongannya dari Kuala Lumpur.

Sekitar 200 tetamu hadir pada majlis tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan