Search
Close this search box.
Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda (dua, kiri) melancarkan Penasihat Pelaburan Robo (RIA) Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) di IOI City Mall hari ini. (Foto Bernama)

RIA ASNB capai pelaburan lebih RM6 juta

ByBernama

PUTRAJAYA, 4 Mei: Penasihat Pelaburan Robo (RIA) Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah menarik lebih RM6 juta dari segi jumlah pelaburan setakat 2 Mei lepas.

Syarikat pengurusan unit amanah tersebut dan sebuah syarikat pengurusan pelaburan digital milik Permodalan Nasional Berhad telah melancarkan ciri baharu tersebut dalam aplikasi myASNB secara berperingkat bermula Mac lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB Muzzaffar Othman berkata jumlah pelaburan tersebut adalah daripada lebih 16,000 pengguna yang telah melabur dalam RIA.

“Kita ada lebih 3 juta pengguna aplikasi ASNB dan daripada jumlah itu, seramai 60,000 pengguna telah mendaftar dengan RIA.

“Seramai kira-kira 16,000 hingga 17,000 pengguna telah melabur dan menjadikan jumlah pelaburan lebih RM6 juta,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Penasihat Pelaburan Robo (RIA) di sini hari ini.

Ia dirasmikan oleh Pengerusi Kumpulan PNB Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda.

Muzaffar berkata ASNB komited bukan sahaja dalam menyediakan penyelesaian pelaburan yang inovatif tetapi juga menggalakkan literasi kewangan dan memperkasa rakyat Malaysia untuk membuat keputusan bermaklumat bagi masa depan kewangan mereka.

“ASNB menawarkan pengalaman interaktif kepada pengunjung untuk mengetahui lebih lanjut tentang RIA, bertujuan memberi inspirasi dan mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan melabur dan betapa mudahnya untuk berbuat demikian.

“Dengan menyediakan pengalaman langsung dan pandangan yang berharga, kami memperkasakan individu untuk memulakan perjalanan pelaburan mereka dengan yakin,” katanya.

Beliau berkata RIA menyediakan pemilihan portfolio automatik, berdasarkan penilaian risiko individu, yang terdiri daripada dana patuh Syariah ASNB.

“Dengan pemprofilan risiko intuitif dan portfolio pengimbangan semula automatik dari semasa ke semasa, RIA menjadikan pelaburan boleh diakses oleh semua orang tanpa mengira tahap pengalaman atau latar belakang kewangan mereka,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan