Search
Close this search box.
Parum bergambar bersama anggotanya pada Majlis Seloka Aidilfitri dan Sejambak Kasih IPD Limbang. Foto TVS

Jenayah komersial di Limbang turun

LIMBANG, 4 Mei: Statistik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang menunjukkan jumlah kes jenayah komersial bagi tempoh Januari hingga April tahun ini menurun dengan 13 kes berbanding tempoh sama tahun lalu dengan 26 kes.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Parum Niot berkata, 13 kes jenayah komersial dilaporkan tahun ini melibatkan 12 kes tipu dan satu kes-kes lain dengan kerugian bernilai RM160,650.

Manakala katanya, 26 kes dilaporkan tahun lepas merangkumi 17 kes tipu, empat kes jenayah siber dan lima lagi melibatkan kes-kes lain dengan nilai kerugian berjumlah RM238,991.

“Untuk Daerah Limbang dan Lawas bagi tempoh kajian Januari sampai April 2024 menunjukkan penurunan sebanyak 13 kes, berbanding 26 kes pada tempoh sama tahun lepas.

“Ini hasil daripada tindakan yang kita laksanakan melalui kempen di Daerah Limbang dan Lawas,” katanya ketika ditemui pada Majlis Seloka Aidilfitri dan Sejambak Kasih IPD Limbang malam tadi.

Kata Parum lagi, antara kempen yang dijalankan termasuk Program Meet and Great, pencegahan jenayah high profile policing melibatkan pegawai kanan turun ke lapangan dan Amanita yang menunjukkan kesan positif.

Pada program ini katanya, polis dapat bertemu dengan masyarakat dan memberi kesedaran agar tidak mudah terpengaruh terutama dengan jenayah-jenayah siber.

Katanya, masyarakat turut dinasihatkan untuk berhubung dengan pihaknya sebelum membuat tindakan ketika dihubungi individu yang mencurigakan.

Tegasnya, polis Limbang akan meningkatkan kesedaran dalam menangani sebarang jenayah melalui tindakan bersama dengan pegawai dan anggota agar tidak terlibat dengan perlakuan jenayah ini sekali gus bersama mencegah kegiatan jenayah di Limbang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan