Search
Close this search box.
Sekumpulan lelaki dilaporkan bergaduh sambil merosakkan sebuah kereta dengan bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda di sini semalam. Foto Media sosial

28 lelaki bergaduh dengan parang ditahan polis

ByTVS

BUTTERWORTH, 4 Mei: Polis memberkas 28 lelaki warga tempatan yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda di sini, semalam.

Penangkapan suspek berusia antara 17 hingga 51 tahun itu dibuat hari ini di beberapa lokasi di daerah ini oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Asri Shafie berkata, berdasarkan siasatan awal, punca kejadian adalah disebabkan pertengkaran dan provokasi sesama mereka.

“Polis turut merampas barang kes yang digunakan suspek dalam kejadian itu.

“Usaha mengesan saki baki suspek lain yang terlibat juga sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan (ASP) Nasrina Darus di talian 04-5762222 atau tampil ke balai polis terdekat untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh menggunakan senjata.

Sementara itu, kejadian tersebut turut tular di media sosial apabila keratan video yang memaparkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang merusuh sambil merosakkan sebuah kereta di hadapan sebuah premis dikongsi oleh pengguna. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan