Search
Close this search box.
Sebanyak 13 kawasan di Kabupaten Luwu terjejas antaranya Suli, Latimojong, Suli Barat, Ponrang Selatan, Ponrang, Bupon, Larompong, Larompong Selatan, Bajo, Bajo Barat, Kamanre, Belopa dan Belopa Utara dinaiki air dengan paras air mencapai 3 meter. Foto Pejabat SAR Makassar

14 orang terkorban dalam banjir, tanah runtuh di Luwu, Sulawesi Selatan

ByTVS

JAKARTA, 4 Mei:  Seramai 14 orang terkorban dalam banjir serta kejadian tanah runtuh yang berlaku di wilayah Luwu, Sulawesi Selatan.

Bencana bertukar tragedi itu berlaku berikutan hujan lebat di sekitar wilayah itu, semalam.

Sebanyak 13 kawasan di Kabupaten Luwu terjejas antaranya Suli, Latimojong, Suli Barat, Ponrang Selatan, Ponrang, Bupon, Larompong, Larompong Selatan, Bajo, Bajo Barat, Kamanre, Belopa dan Belopa Utara dinaiki air dengan paras air mencapai tiga meter.

Berdasarkan laporan Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), 1,385 keluarga terjejas dan dipindahkan ke beberapa tempat pemindahan sementara.

Menurut Ketua Pejabat SAR Makassar, Mexianus Bekabel, pasukan dikerahkan bagi menangani bencana tersebut terutama mencari mangsa walaupun dicabar banjir yang masih tinggi.

“Pasukan kita terus berusaha memindahkan mangsa walaupun banjir masih berlaku terutama mangsa yang masih hilang akibat banjir dan tertimbus tanah runtuh,” katanya.

Beliau turut menyebut pihaknya telah berkoordinasi dengan agensi terbabit memandangkan bencana yang berlaku agak besar dan meliputi beberapa wilayah di situ.

Sebanyak 1,867 unit rumah dinaiki air manakala 145 unit rumah musnah akibat banjir dan tertimbus dalam tanah manakala empat jalan utama terputus.

Kerajaan tempatan bersama pasukan gabungan masih memberi tumpuan memindahkan penduduk yang terjejas dan terus menjangka kesan banjir. – TVS

Ikuti Channel WhatsApp TVS agar tidak terlepas berita terkini. Klik di sini!

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan