Search
Close this search box.
Tawaran pekerjaan yang diiklankan di media sosial tidak semanis yang dijangka atau dijanjikan. Foto hiasan Envato

Tawaran pekerjaan di media sosial tidak semanis yang disangka

ByAkma Salleh

KUCHING, 3 Mei: Tawaran pekerjaan yang diiklankan di media sosial tidak semanis yang dijangka atau dijanjikan, kata Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak di Kementerian Luar Negeri, Fenny Nuli.

Menurutnya, kebanyakan iklan yang dipaparkan terutama di media sosial seperti Facebook atau Telegram bertujuan hanya untuk memperdaya individu yang kemudiannya terjebak ke dalam sindiket penipuan pekerjaan.

“Mereka ditawarkan dengan gaji lumayan iaitu dengan mata wang USD atau Euro. Bahkan tiket penerbangan juga ditaja, penginapan ditanggung dan diberi insentif-insentif lain dengan kerja yang agak senang mungkin di kasino dan sebagainya.

Tetapi, kemanisan ini bukan sahaja tidak dapat dirasai malah akan menjadi pahit akhirnya,” katanya pada program Dialog TVS bagi mengupas isu ‘Komplot Pekerjaan Mana Silapnya’ yang disiarkan pada Khamis.

Mengulas lanjut Fenny berkata, pihak kementeriannya tidak menyekat atau melarang rakyat Malaysia yang ingin bekerja ke luar negara.

Namun, rakyat juga diingatkan agar peka serta menyelidik terlebih dahulu syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan sedemikian sebelum membuat keputusan.

“Kita tidak boleh menghalang mereka untuk ke luar negeri. Apa yang selalu kita lakukan adalah dengan menguar-uarkan kepada warganegara Malaysia tidak kira di negara mana sekalipun supaya mereka berdaftar dengan Kementerian Luar Negeri. Memang tidak semua negara ada Kementerian Luar Negeri, tetapi jika ada berdaftarlah kerana tugas kami adalah untuk menjaga kebajikan rakyat Malaysia.

“Malah kita juga melaksanakan program kesedaran berhubung isu ini supaya ia dapat ditangani dengan baik,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan