Search
Close this search box.
Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha bercakap pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Rombongan Perserta Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran di pejabatnya. Foto TVS

Sarawak hantar tujuh peserta ke Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan

KUCHING, 3 Mei: Tujuh peserta Sarawak bakal mewakili negeri ke Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Kuantan, Pahang pada 23 hingga 28 Mei ini.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Haji Taha berkata, mereka yang terlibat terdiri daripada lima peserta hafazan serta seorang masing-masingnya bagi peserta Qari dan Qariah.

Meskipun kontinjen Sarawak menurutnya tidak meletakkan sebarang sasaran namun pertandingan berprestij itu merupakan usaha untuk mempertingkatkan mutu bacaan dan kemahiran hafazan dalam kalangan peserta.

” Sehingga kini Sarawak tidak pernah ketinggalan selain turut pernah memenangi Johan Majlis Tilawah Al-Quran diperingkat antarabangsa namun ia perlu kita pertingkatkan dari semasa ke semasa.

“Keadaan itu bukan bererti kita tidak bagus dalam melahirkan Qari, Qariah dan hafazan cuma adakalanya orang lain sudah meningkat mutu bacaannya dan sebab itulah kita perlu meningkatkan lagi mutu bacaan perserta-perserta yang kita hantar ke majlis tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat rombongan perserta Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran di pejabatnya di Persada Majma di sini hari ini.

Menurut Misnu lagi, kesemua perserta terlibat dalam majlis tersebut akan berangkat ke Kelantan bagi menghadiri kursus khas memantapkan lagi mutu bacaan mereka sebagai salah satu persediaan untuk menghadapi cabaran pada majlis tilawah terbabit.

Tambahnya inisiatif itu merupakan rutin yang dilakukan oleh MIS bagi memastikan setiap perserta yang dihantar mewakili Sarawak pada majlis tilawah berkenaan mempunyai mutu bacaan yang baik dan boleh memberikan cabaran sengit kepada qari, qariah dan hafazan lain yang turut menyertai majlis tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan