Search
Close this search box.
Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha ketika menerima kunjungan hormat rombongan peserta Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran di pejabatnya. Foto TVS

Sarawak bina Pusat Pengembangan Al-Quran Darul Hana, lokasi penaung guru Al-Quran

KUCHING, 3 Mei: Sarawak akan mewujudkan Pusat Pengembangan Al-Quran Darul Hana bagi membolehkan sebarang aktiviti membabitkan pengajaran, penterjemahan dan pengembangan Al-Quran dilaksana dengan lebih teratur dan sistematik.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha berkata, Kerajaan Sarawak telah mempersetujui pembinaannya serta lokasi turut di kenal pasti.

Menurutnya pusat tersebut akan beroperasi secara sementara di Kompleks Baitulmakmur yang sedang diubah suai sebelum berpindah ke bangunan kekal setelah ia siap dibina kelak.

“Saya berharap pusat ini nanti akan menjadi pusat ilmu bukan sahaja bagi masyarakat Islam bagai juga bagi mereka-mereka yang ingin tahu dan mempelajari tentang Al-Quran dan sebagainya kerana di Pusat ini kita akan adakan terjemahan Al-Quran ke bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain.

“Pusat ini ibarat satu galeri atau muzium Al-Quran kerana di situ nanti kita akan dapat melihat manuskrip Al-Quran itu sendiri ia juga akan memberikan kefahaman kepada orang ramai mengenai kita suci tersebut, pengembangan nya dan pameran kitab-kitab Al-Quran yang lama dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media dalam kunjungan hormat rombongan peserta Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran di pejabatnya di Persada Majma di sini hari ini.

Menurut Misnu, pusat tersebut akan bertindak sebagai penaung bagi guru-guru Al-Quran di Sarawak, mengawal selia aktiviti terjemahan Al-Quran ke pelbagai bahasa etnik lain, penyelidikan dan pengembangan Al-Quran di Sarawak.

Proses ubah suai lokasi sementara pusat tersebut katanya dijadual akan mengambil masa enam bulan dengan ia dijangka akan dapat digunakan sepenuhnya pada Januari tahun hadapan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan