Search
Close this search box.
Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Jack Meredan mewakili Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Datuk Dr Malcom Mussem Lamoh merasmikan Majlis Perasmian Program Outreach Santuni Komuniti (POSKOM) Anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman di Dewan Kompleks Sukan Lubok Antu pada Jumaat. Foto TVS

POSKOM: Perluaskan di Ulu Batang Ai dan Ulu Engkari, bagi penduduk akses perkhidmatan JKM

LUBOK ANTU, 3 Mei: Program Outreach Santuni Komuniti (POSKOM) yang dilaksanakanĀ Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman perlu diperluaskan ke kawasan luar bandar serta pedalaman yang sukar untuk diakses menerusi pengangkutan darat dan udara.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Datuk Dr Malcom Mussem Lamoh bersedia membantu perkhidmatan POSKOM agar program itu dapat dinikmati penduduk luar bandar seperti di Ulu Batang Ai atau Ulu Engkari yang tidak mempunyai akses jalan perhubungan baik.

“Buat Program Outreach bersama dengan pihak Pejabat Daerah dan juga pusat Khidmat Yang Berhormat untuk pergi ke kawasan yang sukar untuk diakses secara fizikal di ulu Batang Ai.

“Pihak kami boleh sediakan perkhidmatan bersama agar program ini sampai ke kawasan hulu seperti di ulu Engkari yang masih menggunakan jalan balak,” katanya.

Malcom berkata demikian dalam teks ucapan yangĀ dibacakan oleh Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Jack Meredan semasa Majlis Perasmian Program Outreach Santuni Komuniti (POSKOM) Anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman di Dewan Kompleks Sukan Lubok Antu pada Jumaat.

Tambahnya POSKOM merupakan satu program jangka panjang yang menyasarkan kepada golongan berkeperluan di seluruh Sarawak bagi membantu mereka memperoleh bantuan sesuai dengan keperluan semasa golongan terbabit.

Sementara itu, Jack meminta masyarakat setempat untuk memohon bantuan menerusi POSKOM selain melakukan semakan secara langsung dengan kaunter yang dibuka JKM di sini.

“Ia memberi peluang kepada penduduk setempat di kawasan Lubok Antu untuk mendapatkan maklumat secara terus kepada kakitangan JKM.

“Mereka akan menerangkan secara lanjut berkenaan masalah atau kekurangan dokumen pada permohonan yang dikemukakan,” katanya.

Sejak Januari hingga Februari 2024, kerajaan Sarawak melalui JKM telah menyalurkan lebih RM42 juta untuk 54,040 penerima bantuan bulanan di seluruh Sarawak.

Ia melibatkan bantuan kepada warga emas, kanak-kanak dan bantuan penjagaan Orang Kurang Upaya (OKU).Ā -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan