Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata jika pelepasan karbon dikurangkan, isu peningkatan paras air laut tidak akan berlaku. Foto Aziz Solleh (TVS)

Tahap suhu global wajar berada di bawah 1.5 darjah celsius

BySteward Dawi

KUCHING, 2 Mei: Suhu global perlu berada di bawah 1.5 darjah celsius bagi mengelakkan peningkatan paras air laut dan perubahan terhadap alam sekitar lain.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata jika pelepasan karbon dikurangkan, isu peningkatan paras air laut tidak akan berlaku.

“Sekiranya tahap ini meningkat, suhu air meningkat dan menyebabkan terumbu karang dan ikan mati serta paras air naik,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Sarawak Energy (SEB) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan mengatakan Kuching antara bandar-bandar utama di Malaysia yang berpotensi tenggelam menjelang tahun 2050.

Jelasnya, tahap pemanasan global pada tahun 2023 mencecah 1.45 darjah celsius.

“Saya melihat di negara seperti Vietnam banyak ikan mati kerana suhu air meningkat. Begitu juga keadaan di Bangladesh.

“Suhu air di kawasan itu mencecah 42 darjah celsius,” jelasnya.

Tambahnya, semasa berada di Poland baru-baru ini, Abang Johari menggesa semua negara yang sedang membangun mesti mempunyai komitmen dalam membangunkan tenaga boleh diperbaharui. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan