Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama yang lain menunjukkan poster Persidangan Pertama Pemandu Pelancong ASEAN pada sidang media di Kuching, hari ini.

Sarawak tuan rumah Persidangan Pertama Pemandu Pelancong ASEAN

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 2 Mei: Sarawak akan menjadi tuan rumah bagi Persidangan Pertama Pemandu Pelancong ASEAN yang berlangsung pada 24 hingga 26 Oktober ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata persidangan bertemakan ‘Togetherness in Tour Guiding Excellence’ berupaya memperkasakan industri pelancongan di negeri ini.

Persidangan anjuran Persatuan Pemandu Pelancong Sarawak (SkTGA) ini adalah bertujuan menyokong pelan pembangunan pelancongan Sarawak di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

“Salah satu topik persidangan nanti adalah bagaimana pemandu pelancong boleh berkembang dalam era transformasi digital dan melakukan perubahan positif dalam komuniti pemandu pelancong,” katanya pada sidang media bagi mengumumkan Persidangan Pertama Pemandu Pelancong ASEAN di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata lagi, Sarawak menyasarkan peningkatan kadar pertumbuhan tahunan kedatangan pelawat sebanyak 7.5 peratus.

“Ia juga bagi menjana 25 peratus daripada keseluruhan pekerjaan dalam sektor pelancongan dan hospitaliti pada tahun 2030,” katanya lagi.

Menurutnya, pelancongan adalah sebahagian daripada industri perkhidmatan yang menyumbang sebanyak 37 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak pada 2023.

“Kita menjana RM9.99 bilion dalam penerimaan pelancongan tahun lepas, iaitu pertumbuhan sebanyak 101.41 peratus.

“Walaupun statistik yang sangat baik, kita mesti mengutamakan perlindungan dan promosi pemandu pelancong dan mendidik sumbangan tidak ternilai dan pengalaman unik yang mereka tawarkan,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan