Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh pada Majlis Pelancaran Penanaman Tukun Tiruan Fasa kedua di Esplanade Telaga Air dekat Kuching, hari ini. Foto TVS

Sarawak giat laksana penanaman tukun tiruan pelihara ekonomi komuniti maritim

KUCHING, 2 Mei: Sarawak giat laksana penanaman tukun tiruan bagi membantu menghalang aktiviti pencerobohan pukat tunda.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata tukun tiruan akan menyebabkan tali pukat bot tunda tersangkut apabila melalui kawasan berkenaan.

Pada masa sama ia turut memastikan perairan negeri tidak sewenang-wenangnya diceroboh oleh bot nelayan pukat tunda haram yang boleh menjejaskan sektor perikanan Sarawak.

“Penanaman tukun tiruan ini bukan sahaja membantu memelihara ekosistem marin. Aktiviti pukat tunda haram di kawasan sekitar dapat diatasi dengan adanya tukun tiruan ini,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran Penanaman Tukun Tiruan Fasa kedua di Esplanade Telaga Air dekat sini, hari ini.

Len berkata lagi, program tukun tiruan di perairan negeri terbukti berjaya meningkatkan jumlah hasil tangkapan.

“Dua tiga bulan yang lepas saya menerima laporan daripada Kampung Belawai dan di kampung saya di Rajang. Penangkapan ikan sudah meningkat,” katanya.

Bermula 2018 hingga 2022 menerusi fasa pertama Projek Tukun Bebola Sarawak sejumlah 16,800 tukun ditanam di perairan melibatkan 746 kilometer.

Untuk projek penanaman tukun tiruan fasa kedua tambahan peruntukkan sebanyak RM30 juta untuk projek berkenaan yang bermula tahun ini hingga 2027. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan