Search
Close this search box.
Petugas haji yang akan berlepas ke Arab Saudi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam ini. Foto Zen Hashim (TVS)

Petugas haji termasuk wartawan berlepas ke Arab Saudi malam ini

ByLuqman Muhammad

SEPANG, SELANGOR, 2 Mei: Seramai 150 petugas haji bagi operasi musim haji 1445H/2024 berlepas ke Arab Saudi malam ini.

Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman berkata keberangkatan petugas haji dilakukan secara berperingkat menerusi beberapa siri penerbangan.

Hari ini merupakan pelepasan kumpulan kedua melibatkan petugas kebajikan, perubatan, media, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Daripada 150 orang, 60 orang adalah  rombongan kebajikan, 74 kesihatan dan perubatan dan 16 orang dalam kalangan media,” katanya ketika ditemui pada Majlis Keberangkatan Petugas Haji Advance Party 1445H/ 2024 di Movenpick Hotel & Convention Centre hari ini.

Beliau berkata seramai lebih 600 orang terpilih menjadi petugas Operasi Haji Tanah Suci (OHTS) untuk tahun ini yang akan memastikan semua sektor operasi berada dalam keadaan yang terbaik sebelum ketibaan jemaah haji Malaysia di Madinah dan Makkah.

“Apabila sampai di tanah suci, mereka akan terus melakukan persiapan untuk memastikan kelancaran operasi di sana,” ujarnya lagi.

Penerbangan pertama jemaah haji negara akan bermula pada 9 Mei 2024 manakala penerbangan terakhir adalah pada 9 Jun 2024.

Bagi tahun ini, hari Wukuf iaitu 9 Zulhijjah dijangka pada hari Sabtu, 15 Jun 2024.

Sebanyak 100 penerbangan sewa khas digunakan untuk membawa kesemua jemaah haji Malaysia yang melibatkan syarikat penerbangan AMAL by Malaysia Airlines Bhd dan Saudia Airlines.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan