Search
Close this search box.
Majlis Amanah Rakyat akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini. Foto Majlis Amanah Rakyat (FB)

Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei – Asyraf Wajdi

ByBernama

GERIK, 2 Mei: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).

Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya memperuntukkan RM2 bilion kepada 2,000 pelajar berkelayakan dalam usaha memperkasakan pendidikan Bumiputera.

“Komitmen kami di MARA untuk terus menghantar pelajar-pelajar mengikuti pengajian sama ada di peringkat Sarjana atau PhD kerana kita melihat ini satu pelaburan masa depan yang baik untuk negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Hari MARA Bersama Rakyat 2024 dan Rumah Terbuka Aidilfitri Daerah Kecil Pengkalan Hulu di Dataran Arena di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Asyraf Wajdi berkata MARA tidak meletakkan sebarang kuota terhadap kemasukan pelajar Orang Asli ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) atau sekolah berasrama penuh di negara ini.

Katanya pendekatan itu dianggap adil selain memberi peluang kepada semua pelajar berkelayakan tanpa mengira latar belakang.

“Saya mengambil pendekatan tidak ada kuota tetapi memberi keutamaan kepada mereka (pelajar Orang Asli). Kalau kita letak kuota macam kita mengehadkan peluang mereka. Secara dasarnya, kita nak pastikan lebih ramai boleh masuk MRSM termasuk Orang Asli,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan