Search
Close this search box.
Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sedia membantu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekiranya skuad kebangsaan memerlukan masa tambahan. Foto: Bernama

MFL sedia bantu beri masa tambahan untuk persiapan skuad kebangsaan

ByBernama

PETALING JAYA, 2 Mei: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sedia membantu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekiranya skuad kebangsaan memerlukan masa tambahan untuk persiapan menghadapi dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Stuart Ramalingam berkata pihaknya sentiasa komited dalam memudahkan perancangan skuad Harimau Malaya dengan menyediakan tempoh panggilan awal untuk pemain menyertai skuad kebangsaan ketika liga berlangsung.

“Kita kebiasaannya mempunyai amalan memberikan masa tambahan tujuh hingga sembilan hari kepada pasukan kebangsaan. Jadi kita harap dapat membantu pasukan negara seperti sebelum-sebelum ini.

“Saya rasa kita antara negara yang memberikan masa tambahan (bagi persiapan) pasukan kebangsaan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran musim baharu Astro X Liga Malaysia di sini hari ini.

Skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Kim Pan Gon bakal berdepan dua perlawanan penting peringkat kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan di Bishkek (6 Jun) dan Taiwan di Bukit Jalil (11 Jun).

Dengan Kalender Perlawanan Antarabangsa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dijadualkan dari 3 hingga 11 Jun, Pan Gon hanya boleh memanggil pemain untuk menyertai skuad kebangsaan bermula 27 Mei.

Ia susulan aksi Liga Super yang dijadual pada 24 hingga 26 Mei.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan