Search
Close this search box.
Penduduk menunjukkan dinding runtuh ditutup dengan plastik di dalam rumahnya selepas gempa bumi berukuran 6.5 magnitud melanda pantai pulau Jawa, Indonesia, di Bandung, Jawa Barat, pada 28 April 2024. Foto AFP

Gempa bumi gegar Bandung, rosakkan rumah dan infrastruktur

ByBernama

JAKARTA, 2 Mei: Dua gempa bumi menggegarkan Bandung, Jawa Barat pada Rabu menjejaskan tiga keluarga dan menyebabkan tiga rumah rosak selain dua masjid, tiga sekolah serta sebuah pusat kesihatan.

Jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) Abdul Muhairi menggesa penduduk supaya kekal berwaspada dengan gegaran susulan dan menasihatkan mereka menjauhi bangunan yang menunjukkan tanda-tanda kerosakan akibat gempa sebelum ini.

“Agensi pengurusan bencana Bandung sedang memantau dan menilai secara aktif kawasan yang terjejas akibat gempa bumi,” menurutnya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) berkata gempa bumi pertama berukuran 4.2 pada skala Richter melanda pada 10.06 pagi waktu tempatan, kira-kira 20 kilometer tenggara Bandung pada kedalaman empat kilometer.

“Walaupun gegaran berlaku hanya dua hingga tiga saat, penduduk dapat merasai kesannya,” kata Abdul Muhairi.

Gempa bumi kedua dengan magnitud 4.2 pula berlaku di laut, kira-kira 93 kilometer barat daya Bandung pada 10.35 malam pada hari yang sama.

Ia melanda pada kedalaman 24 kilometer dan menjejaskan lima kampung di Pangalengan, selain sebuah kampung masing-masing di Kertasar dan Banjaran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan