Search
Close this search box.
Dadah jenis syabu yang dirampas polis daripada lelaki warga asing di bilik sewa di Jalan Tuanku Osman di Sibu pada Selasa. Foto IPD Sibu

Tokan dadah warga asing dicekup di Sibu

SIBU, 1 Mei: Seorang lelaki warga asing berdepan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan selepas ditahan bersama dadah seberat 50.15 gram di sebuah bilik sewa di Jalan Tunku Osman pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, suspek ditahan dalam serbuan semalam sekali gus dadah jenis Syabu bernilai lebih RM5,000 itu turut dirampas.

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dijalankan pihak polis telah menjumpai 44 paket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi pepejal kristal disyaki dadah jenis Syabu.

“Nilai semasa rampasan dianggarkan berjumlah RM5,516.10,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulfipli menambah ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphatemine.

“Suspek ditangkap di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan telah ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurut Zulkipli, hukuman bagi kesalahan dibawah Seksyen 39B ADB 1952 jika disabitkan kesalahan mandatori gantung sampai mati.

Tambahnya, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 15(1) (a) ADB 1952 dan boleh denda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali dan pengawasan selama dua tahun dibawah seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan