Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Peringkat Daerah Simunjan di Dewan Mesra Simunjan hari ini. Foto Aziz Soleh (TVS)

Tidak mustahil Sarawak jadi negeri tertinggi menyumbang kepada ekonomi negara – Abang Johari

ByRadzi Ahmad

SIMUNJAN, 1 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis Sarawak bakal menjadi negeri tertinggi  yang menyumbang kepada ekonomi negara.

Keyakinan yang dizahirkan beliau berikutan Sarawak telah diiktiraf sebagai antara tiga negeri tertinggi yang menyumbang kepada (Keluaran Dalam Negeri Kasar) KDNK Malaysia, di belakang Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Kita sudah mendepani Johor dan kita duduk di tangga ketiga.

“Tidak lama lagi, apabila rakyat dan jentera kerajaan bekerja kuat, (dan) pemimpin bekerja bersama, tidak mustahil Sarawak akan menjadi yang ke atas di seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Peringkat Daerah Simunjan 2024 di Dewan Mesra Simunjan di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Ir. Aidel Lariwoo, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Abu Bakar Marzuki, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan