Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengulas mengenai kenaikan gaji penjawat awam Sarawak kepada pemberita di Simunjan hari ini. Foto Aziz Soleh (TVS)

Sarawak kaji, umum kenaikan gaji penjawat awam bulan depan – Abang Johari

ByRadzi Ahmad

SIMUNJAN, 1 Mei: Hasil kajian berhubung penstrukturan semula gaji penjawat awam Sarawak bakal diumumkan secara rasmi pada Jun depan, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau mendedahkan kerajaaan ketika ini sedang giat mengkaji secara terperinci ‘khabar baik’ buat semua penjawat awam negeri ini.

“Saya telah memberi satu ‘signal’ mungkin kita boleh tambah baik sedikit apa yang telah ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Kita ada satu pakej, dan selepas kita buat kajian, kita akan umumkan secara rasmi dalam masa sebulan setengah (akan datang),” jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Peringkat Daerah Simunjan di Dewan Mesra Simunjan di sini, hari ini.

Menurut beliau, kajian berkenaan memakan masa sekitar sebulan lebih susulan ia nya melibatkan implikasi kewangan dan merupakan tanggungan kerajaan negeri.

“Insya-Allah, kita boleh menanggung kenaikan yang akan kita (diumumkan secara ) rasmi nanti,” kata beliau.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini, melibatkan peruntukan lebih RM10 billion.

Perincian mengenai kenaikan gaji penjawat awam tersebut akan diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2025 yang dijangka pada Oktober depan, menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil. – TVS

 

Ikuti Channel WhatsApp TVS agar tidak terlepas berita terkini. Klik di sini!

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan