Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah bersama penerima sumbangan duit raya dan barangan keperluan pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri dan Program Tanggungjawab korporat (CSR) Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak (MWKS) di kediamannya di sini pada Rabu. Foto TVS

DUN Sarawak: KPWK bentang dua laporan pada minggu depan – Fatimah

KUCHING, 1 Mei: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) akan membentangkan dua laporan berkaitanĀ indeks kesejahteraan sosial dan keberhasilan inisiatif Kerajaan Sarawak pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak minggu depan.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pihaknya telah menerima kesemua draf laporan berkenaan sejurus itu ia akan diketengahkan dalam mesyuarat Kabinet sebelum DUN.

Menurutnya, berdasarkan kajian dan laporan tersebut, terdapat peningkatan indeks kesejahteraan sosial di Sarawak membabitkan kesemua lapan kriteria yang dikaji termasuk, taraf kehidupan di bandar dan luar bandar, kesesamaan gender serta impak positif inisiatif yang dilaksanakan kerajaan.

“Berpandukan ini kita akan tahu kedudukan kita di Sarawak ini dari segi kesejahteraan sosial dan kriteria-kriteria yang kita pilih itu sebagai ukuran kepada indeks kesejahteraan tersebut.

“Selain itu kita juga akan melaporkan keberhasilan tentang program-program yang telah kita adakan dan bagaimana ia dapat menyumbang kesejahteraan sosial selain daripada keberhasilan daripada inisiatif-inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan Sarawak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Ramah Tamah Aidilfitri dan Program Tanggungjawab korporat (CSR) Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak (MWKS) di kediamannya di sini pada Rabu.

Terdahulu, majlis turut menyaksikan beliau menyampaikan sumbanagn duit raya besertaĀ barangan keperluan kepada lima keluarga terpilih dalam kalangan golongan rentan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan