Search
Close this search box.
Debu Gunung Berapi Ruang yang meletus semula pada selasa dijangka akan memasuki ruang udara negara dan memberi kesan signifikan sepanjang tempoh ramalan sehingga 5 mei 2024. Foto hiasan Envato

Debu Gunung Ruang dijangka masuk ke ruang udara Malaysia

ByAmirah Shawel

KUCHING, 1 Mei: Debu dari Gunung Berapi Ruang, Indonesia yang meletus semula pada Selasa dijangka akan memasuki ruang udara negara sekali gus memberi kesan signifikan sepanjang tempoh ramalan sehingga 5 mei 2024.

Susulan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi satu kenyataan hari ini mengeluarkan Amaran Cuaca Penerbangan (Significant Meteorological Information) kepada operator penerbangan berikutan debu gunung berapi yang terbentuk boleh membawa risiko kepada keselamatan pesawat.

Menurut METMalaysia, debu gunung berapi berpotensi untuk menganggu operasi penerbangan Kota Kinabalu Flight Information Region (FIR).

“Berdasarkan model trajektori daripada National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA), debu gunung berapi ini dijangka akan memasuki ruang udara negara dan memberi kesan signifikan sepanjang tempoh ramalan sehingga 5 Mei 2024,” katanya.

METMalaysia memaklumkan, pihaknya bertanggungjawab untuk melaksanakan pemantauan aktiviti pergerakan debu gunung berapi secara berterusan, selain mengemas kini maklumat dan mengeluarkan Amaran Cuaca Penerbangan, sekiranya terdapat keperluan.

Gunung Berapi Ruang di Sulawesi Utara berketinggian 725 meter dari paras laut meletus semula pada awal pagi Selasa.

Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi (PVMBG) Indonesia memaklumkan, tahap amaran letusan dinaikkan kepada paras tertinggi, dan mengarahkan pemindahan segera ratusan penduduk termasuk penutupan lapangan terbang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan