Search
Close this search box.
Anwar juga menjelaskan langkah-langkah diambil kerajaan dalam menangani kos sara hidup, termasuk pelbagai subsidi yang disediakan bagi membantu meringankan beban rakyat. Foto PMO

Anwar kupas pelbagai isu, inisiatif dalam program “Soal Jawab Perdana Menteri” 9 malam ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Mei: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengupas pelbagai isu dan insiatif yang diambil kerajaan dalam program “Soal Jawab Perdana Menteri” yang akan disiarkan oleh semua stesen televisyen tempatan pada pukul 9 malam ini.

Dalam temu bual khas sempena Hari Pekerja itu, Anwar turut memperjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan kenaikan gaji lebih 13 peratus yang diumumkan beliau semasa menyampaikan amanat pada Majlis Sambutan Hari Pekerja 2024 pada pagi Rabu.

Anwar juga menjelaskan langkah-langkah diambil kerajaan dalam menangani kos sara hidup, termasuk pelbagai subsidi yang disediakan bagi membantu meringankan beban rakyat.

Di samping itu beliau juga menyatakan pendirian kerajaan dalam soal Palestin, serta penyertaan beliau di  Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi di mana beliau bertemu pemimpin-pemimpin dunia.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menjelaskan dengan panjang lebar usaha kerajaan pimpinan beliau dalam menarik pelaburan daripada luar negara.

Beliau juga mengambil kesempatan menjelaskan keadaan sebenar mengenai kritikan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan tidak membantu masyarakat India.

Temu bual khas hampir sejam bersama Perdana Menteri Malaysia Ke-10 itu dikendalikan penyampai RTM Sayed Munawar Sayed Mustar, Pasha Abdul Rahim (Bernama TV), Muhammad Zulfitri Yusof (Awani) dan Azaria Tagaya (TV3).

Temu bual itu akan disiarkan melalui Bernama TV (Astro 502), RTM, Astro Awani, TV3 dan beberapa stesen lain pada pukul 9 malam ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan