Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta delegasi Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) melakukan lawatan di Holmen AB di Stockholm, Sweden. Foto MINTRED

Syarikat perindustrian hutan Sweden mahu jadikan Sarawak sebagai pusat pengedaran di Asia Pasifik

ByMuqri Aziz

KUCHING, 30 April: Syarikat perindustrian berasaskan perniagaan hutan serta pulpa dan kertas dari Sweden, Holmen AB, berhasrat menjadikan Sarawak sebagai pusat pengedaran untuk meluaskan pasaran mereka di rantau Asia Pasifik.

Hasrat itu disuarakan mereka kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika beliau melakukan lawatan ke ladang hutan, dan kilang pulpa dan kertas mekanikal termo milik syarikat itu di Sweden Sabtu lalu.

Menurut Awang Tengah, delegasi beliau melakukan lawatan di situ bagi mengkaji bagaimana pemilik hutan persendirian di Sweden mengintegrasikan pengurusan ladang hutan mereka dengan industri pemprosesan hiliran.

“Holmen AB merupakan syarikat persendirian antara terbesar di Sweden yang mempunyai keluasan keseluruhan 1.3 juta hektar di mana kira-kira satu juta hektar diurus secara mampan untuk pengeluaran kayu dan kawasan selebihnya adalah untuk pemuliharaan biodiversiti.

“Kita telah diberi taklimat mengenai pengeluaran anak benih, penanaman, amalan silvikultur dan penuaian hutan tanaman yang dimiliki oleh Holmen AB,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED).

Bukan itu sahaja, Awang Tengah yang juga Menteri MINTRED turut melawat kilang pulpa mekanikal termo bersepadu (TMP) serta kilang kertas bagi mempelajari cara mereka menggunakan hasil pulpa untuk dijadikan produk kertas yang inovatif untuk buku, majalah, pembungkusan khas untuk makanan dan kosmetik yang berjaya dipasarkan mereka ke benua Eropah dan Asia seperti China dan Jepun.

“Kira-kira 75 peratus daripada bahan input adalah kayu balak gred pulpa daripada ladang yang diuruskan secara mampan dan baki 25 peratus adalah sisa kilang papan.

“Kilang itu terus menaik taraf untuk memanfaatkan teknologi terkini terkini untuk mencapai automasi tinggi dan memastikan pelepasan sifar sisa,” tambah kenyataan itu lagi.

Hasil daripada lawatan itu, Awang Tengah menjemput mereka untuk mempertimbangkan meluaskan perniagaan mereka untuk memanfaatkan sumber ladang hutan dan tarif tenaga hijau yang kompetitif di Sarawak yang merupakan faktor utama kejayaan mereka untuk membangunkan kilang pulpa termo mekanikal di Sweden.

Holmen AB merupakan sebuah syarikat berpangkalan di ibu negara Sweden yang memfokuskan kepada pengurusan hutan, pengeluaran bahan untuk pembinaan rumah, pulpa, kertas dan penjanaan tenaga boleh diperbaharui. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan