Search
Close this search box.
Datuk Mancha Ata hadir Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Padawan, Matu-Daro dan Serian di IPK Sarawak hari ini. Foto, TVS.

Sarawak rekod kerugian RM28 juta akibat jenayah komersial suku pertama tahun ini

KUCHING, 30 April: Sejumlah 597 kes jenayah komersial direkodkan di Sarawak bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Persuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 142 kes atau 19.21 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dengan kerugian dianggarkan RM28.6 juta.

Katanya, walaupun pelbagai usaha dilakukan bagi membendung perkara tersebut namun kawalan diri yang lemah dikenal pasti antara faktor orang ramai menjadi mangsa.

“Modus operandi sindiket penipuan ini sama sahaja iaitu dengan membuat tawaran di media sosial dan kalau mangsa setuju, mereka akan klik pautan yang diberikan dan akhirnya mereka ditipu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Padawan, Matu-Daro dan Serian di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak di sini hari ini.

Sementara itu Mancha memaklumkan sebanyak 244 tanggapan telah dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kormersil IPK Sarawak tahun ini.

“Seramai 374 orang termasuk kes tahun sebelumnya telah dihadapkan ke mahkamah.

“Pertuduhan melibatkan 361 kertas siasatan dan jumlah pertuduhan keseluruhan sebanyak 706 dengan jumlah peratusan pertuduhan sebanyak 60.47 peratus,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan