Search
Close this search box.
Pegawai forensik polis memeriksa tempat kejadian seorang lelaki menyerang orang awam menggunakan pedang di Hainault, London. Foto, AFP.

Remaja lelaki maut, 14 lagi cedera diserang lelaki bersenjata pedang di London

ByBernama

LONDON, 30 April: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun disahkan maut manakala empat yang lain cedera selepas seorang lelaki bersenjatakan pedang menyerang orang awam dan pegawai polis di Hainault, timur London, pada Selasa, lapor Xinhua.

“Dia (remaja lelaki itu) dibawa ke hospital selepas ditikam namun mangsa meninggal dunia seketika selepas itu,” kata Stuart Bell, ketua penguasa Polis Metropolitan.

Empat lagi yang dimasukkan ke hospital termasuk dua pegawai polis dan dua orang awam.

Suspek, 36, telah ditangkap. Kejadian itu nampaknya tiada kaitan dengan keganasan, kata polis.

Datuk Bandar London, Sadiq Khan berkata beliau benar-benar sedih dengan insiden serangan itu, manakala Perdana Menteri Britain Rishi Sunak berkata “keganasan seperti itu tiada tempat di jalanan kita”.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan