Search
Close this search box.
Kumpulan Ruffedge meluangkan masa ditemu bual TVS sebelum membuat persembahan pada Showcase Raya Mena Mena Cats FM di Plaza Merdeka malam ini.Foto Faitullah Morni (TVS).

Kumpulan Ruffedge teruja kembali buat persembahan di Kuching selepas 15 tahun

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 30 April: Kumpulan hip hop dan R&B popular, Ruffedge meluahkan keterujaan kerana dapat kembali membuat persembahan di Sarawak selepas 15 tahun.

Akui kumpulan yang popular dengan lagu Tipah Tertipu itu, kemunculan mereka kali ini diharap akan mendekatkan lagi dengan peminat di sini.

Salah seorang anggotanya, Azan Addin berkata, mereka juga ingin mengadakan persembahan di seluruh Sarawak jika diberi peluang.

“Ruffedge tidak pernah berkesempatan ke kawasan lain di Sarawak seperti Bintulu, Sibu dan Miri.

“Sebenarnya kami teringin hendak ke Kampung Sebuyau,” katanya ketika temu bual secara eksklusif bersama TVS di sebuah hotel di sini hari ini.

Kehadiran kumpulan yang pernah memenangi Artis Harapan Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2003 itu adalah bagi menjayakan Showcase Raya Mena Mena Cats FM di Plaza Merdeka malam ini.

Ruffedge berkata, selain lagu raya, mereka akan turut menyampaikan lagu hit Bila Rindu.

Sementara itu seorang lagi anggota Ruffedge, Seun Qudsi pula berkata, dia turut teruja datang ke Sarawak yang memiliki pelbagai keistimewaan.

“Selain makanannya, sememangnya Sarawak mempunyai keunikan tersendiri serta indah dengan kepelbagaaian budaya,” katanya.

Selain Ruffedge, artis tempatan, Adruce Azman serta penyampai-penyampai Cats FM turut bakal menghiburkan pengunjung malam ini.

Bertemakan ‘Raya’, orang ramai yang hadir ramai turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti dan memenangi hadiah menarik yang disediakan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan