Search
Close this search box.
Mohd Naroden dan isteri hadir pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Gedong di PDK Gedong di sini hari ini.

Kebajikan rakyat kekal agenda utama Kerajaan Sarawak

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, April 30: Aspek kebajikan rakyat terus menjadi agenda utama Kerajaan Sarawak yang melaksanakan pelbagai inisiatif.

Wakil khas Premier Sarawak bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohd Naroden Majais berkata, ini dapat dilihat berdasarkan fokus yang diberikan oleh Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya perkara itu dapat dilihat menerusi pelbagai pembangunan yang dilaksanakan oleh Abang Johari terutamanya aspek infrasturktur dan ekonomi.

“Ini dilakukan untuk kepentingan pembangunan sosio-ekonomi Sarawak yang akan memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Gedong di PDK Gedong di sini hari ini.

Turut hadir, isterinya Datin Sri Masnah Ahmad yang juga Penaung PDK Gedong.

Pada majlis itu, Mohd Naroden turut menyampaikan sumbangan RM10,000 oleh Abang Johari dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang kepada PDK berkenaan.

Masnah pula menyerahkan sumbangan kepada 48 orang kanak – kanak di  situ.

Sementara itu Masnah berharap agar PDK Gedong akan memiliki bangunan sendiri dan seterusnya memberi keselesaan kepada pelajar.

“PDK Gedong sekarang menumpang sementara di bangunan lain.

“Kita berharap akan dapat tempat baharu yang lebih besar serta dilengkapi bilik permainan, bilik fisioterapi, bilik pemulihan, bilik rehat bilik belajar dan bilik pengajar,” tambahnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan