Search
Close this search box.
Gunung berapi Ruang, Indonesia sekali lagi memuntahkan lahar beberapa kali hari ini, selepas letusan berlaku awal bulan ini. Foto PVMBG

Gunung Ruang muntah lagi, AirAsia pantau situasi semasa

ByAmirah Shawel

KUCHING, 30 April: Gunung berapi Ruang, Indonesia sekali lagi memuntahkan lahar beberapa kali hari ini, selepas letusan berlaku awal bulan ini.

Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi (PVMBG) negara itu memaklumkan, tahap amaran letusan dinaikkan kepada paras tertinggi, dan mengarahkan pemindahan segera ratusan penduduk termasuk penutupan lapangan terbang.

Gunung berapi Ruang meletus lagi, peringkat kembali ke tahap IV

Letusan di Gunung Ruang, yang terletak di wilayah Sulawesi Utara, memuntahkan abu dan asap 2,000 meter ke langit.

Sementara itu, Pengarah Urusan AirAsia Berhad, Kapten Fareh Mazputra Fairuz memaklumkan operasi penerbangan syarikat tersebut di Sarawak akan berjalan seperti biasa dan akan mengemaskini sekiranya terdapat perubahan.

“Bagaimanapun, kami terus memantau keadaan dari semasa ke semasa.

“Jika ada sebarang perubahan pada jadual penerbangan, penumpang akan dihubungi segera secara langsung melalui emel dan SMS,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Pihak berkuasa Indonesia pada 19 April lalu telah mengeluarkan amaran tsunami dan menaikkan tahap amaran untuk gunung berapi itu selepas ia mengalami beberapa letusan besar, memuntahkan abu dan lava sehingga 3,000 meter tinggi.

Gunung berapi setinggi 725 meter adalah salah satu gunung berapi paling aktif di Indonesia. Letusan besar terakhir Gunung Ruang berlaku pada tahun 2002, menghasilkan aliran piroklastik yang menyebabkan kerosakan di kawasan sekitarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan