Search
Close this search box.
Gunung berapi Ruang di wilayah Sitaro, Sulawesi Utara meletus lagi dengan bahan api mencecah lima kilometer dari aras laut. Foto BNPB

Gunung berapi Ruang meletus lagi, peringkat kembali ke tahap IV

ByTVS

JAKARTA, 30 April: Gunung berapi Ruang di wilayah Sitaro, Sulawesi Utara meletus semula apabila ia melepaskan letusan bahan gunung berapi setinggi lima kilometer dari paras laut pagi tadi, diiringi bunyi gemuruh dan gempa bumi berterusan.

Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bencana Geologi (PVMBG) sekali lagi menaikkan paras gunung berapi Ruang ke tahap IV atau ‘awas’ bermula hari ini.

Gunung Merapi muntahkan abu panas berterusan, terbesar sejak dua tahun lepas

Berdasarkan laporan PVMBG, peningkatan aktiviti yang ketara turut menyebabkan aliran abu gunung berapi dan aliran bahan gunung berapi ke permukaan.

Menurut jurucakap Badan Pengurusan Bencana Negara (BNPB), bagi memastikan keselamatan penduduk akibat aktiviti gunung berapi yang berterusan, mereka akan kembali memindahkan penduduk dalam lingkungan enam kilometer dari kawah.

“Kali ini letupan lebih besar berbanding sebelum ini jadi kami bertindak pantas melakukan pemindahan kerana bahan gunung berapi mulai turun dalam bentuk abu dan batu yang membahayakan penduduk,” katanya.

Gunung Merapi Indonesia muntahkan abu panas

Beliau turut menegaskan bahawa hujan abu dan batu ini dilaporkan mempunyai liputan lebih luas berbanding letusan yang berlaku pada 17 April 2024.

Sementara itu, orang ramai dilarang mendekati gunung berapi dan usaha pemindahan masih dijalankan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan