Search
Close this search box.
Sebuah helikopter tentera pada Isnin terhempas dan kesemua sembilan askar yang berada di dalam pesawat terbunuh selepas pulang daripada menghantar anggota tentera di utara Colombia. Foto hiasan Envato

9 tentera terbunuh dalam nahas helikopter di Colombia

ByBernama

BOGOTA, 30 April: Sebuah helikopter tentera pada Isnin terhempas dan kesemua sembilan askar yang berada di dalam pesawat terbunuh selepas pulang daripada menghantar anggota tentera di utara Colombia, menurut Tentera Kebangsaan Colombia.

Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa, Bahagian Bolivar, menurut kenyataan tentera yang dilaporkan oleh Xinhua.

Meluahkan rasa kesalnya terhadap tragedi itu di media sosial, Presiden Colombia Gustavo Petro berkata, tentera “sedang menjalankan operasi menentang Gulf Clan”.

Gulf Clan dikenali sebagai sindiket jenayah yang dituduh mengedar dadah dan pembunuhan di Colombia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan