Search
Close this search box.
Seorang petani maut selepas motosikal ditunggang merempuh sebuah lori rosak yang parkir di tepi jalan di Kilometer 23, Jalan Sri Aman-Kuching pagi tadi. Foto IPD Sri Aman

Petani maut, motosikal ditunggang rempuh lori rosak di Jalan Sri Aman – Kuching

BySafri Ali

SRI AMAN, 29 April: Seorang petani maut selepas motosikal ditunggang merempuh sebuah lori rosak yang parkir di tepi jalan di Kilometer 23, Jalan Sri Aman-Kuching di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa dikenali Angki Aleng,66, beralamat di Skim Skrang, Sri Aman yang cedera parah di bahagian kepala meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu lori berusia 50 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mathew Manggie berkata, siasatan awal mendapati motosikal terbabit dari arah Sri Aman menuju ke Pekan Lachau sedang bergerak lurus telah melanggar tayar bahagian belakang sebelah kanan lori yang rosak dan parkir di tepi jalan lorong kiri.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mathew Manggie.

“Akibat pelanggaran tersebut motosikal ditunggang mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan, penunggang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, saksi kejadian iaitu rakan mangsa yang juga masing-masing menaiki motosikal sendiri secara beriringan dengan mangsa dalam perjalanan dari Sri Aman menuju ke tempat kerja mereka di Pekan Lachau mengatakan ketika melalui lokasi kejadian mereka ada melihat dahan pokok dan kon segitiga kecemasan di atas jalan laluan lori itu.

“Mereka telah mengelak dari jalan tersebut dan menggunakan laluan sebelah kanan tetapi mangsa yang berada di hadapan mereka terus bergerak dengan laju dan telah terlanggar bahagian tayar belakang sebelah kanan lori.

“Siasatan awal mendapati kesalahan adalah berpunca daripada mangsa yang gagal mengawal motosikal telah melanggar tayar belakang lori yang parkir di kiri jalan walaupun kalendan telah meletakkan dua unit kon segitiga kecemasan dahan-dahan pokok serta dalam jarak yang sesuai di atas jalan tersebut,” tegasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ) 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan