Search
Close this search box.
Pasukan keselamatan giat berusaha menyelamatkan mangsa yang masih tersepit. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Jentera cerucuk besi tumbang, lelaki parah tersepit dalam kokpit

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 29 April: Seorang pengendali jentera cerucuk besi yang tersepit selepas jentera berat dikendalikannya itu tumbang di Masjid At-Taqwa, Kampung Pinang Jawa, di sini, berjaya dikeluarkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak petang tadi.

Menurut Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Zainuddin Ngatdemon, mangsa, Alto James Simon, 33, yang tersepit dalam ruangan kokpit jentera berkenaan telah berjaya dikeluarkan pada 4.06 petang.

Jentera cerucuk besi tumbang, seorang lelaki tersepit

Katanya, mangsa masih sedarkan diri semasa dikeluarkan, namun mengalami kecederaan pada bahagian bawah pinggul dan kedua-dua kaki.

“Untuk makluman, tindakan awal mengikut prosedur operasi standard (SOP), kita cuba keluarkan mangsa menggunakan peralatan khas untuk menyelamatkan mangsa pada peringkat awal tetapi malangnya gagal.

“Seterusnya, kita memohon bantuan daripada jentera berat, iaitu sebuah jengkaut tanah untuk membantu kita dalam operasi untuk mengeluarkan mangsa,” katanya ketika ditemui media selepas selesai proses penyelamatan mangsa yang tersepit petang tadi.

Mengulas lanjut, Zainuddin berkata, jengkaut tanah itu diperlukan bagi mengangkat jentera cerucuk besi yang telah menghimpit mangsa dan usaha itu katanya, mampu membolehkan pihaknya mendapatkan ruang yang secukupnya untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Satu lagi perkara adalah keadaan mangsa itu sendiri yang dalam keadaan cedera, oleh itu, kita perlu melakukan proses penyelamatan dengan berhati-hati supaya tidak membahayakan mangsa dan boleh dikeluarkan dengan selamat,” katanya.

Tambah Zainuddin, mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Terdahulu, laporan diterima 2.28 petang yang memaklumkan telah berlaku kemalangan mangsa tersepit dalam kokpit jentera cerucuk besi yang terbalik dan seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dikerah ke lokasi kejadian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan