Search
Close this search box.
Fazzrudin Abdul Rahman pada Majlis Perasmian Bangunan KOPERKASA di Kuching, hari ini. Foto TVS

Gagasan Bola Sepak Borneo bantu angkat mutu bola sepak

KUCHING, 29 April: Penubuhan Gagasan Bola Sepak Borneo berupaya membantu mengangkat mutu bola sepak di Borneo.

Presiden Kuching FA, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, bagaimanapun penekanan, fokus dan tujuan penubuhannya perlu jelas untuk memastikan objektif utama penubuhan gagasan tersebut tercapai.

“Jika mereka menubuhkan satu lagi gagasan maksudnya ia akan merangkumi kesemua persatuan bola sepak itu dan sudah tentu dengan kerjasama yang erat contohnya pertukaran jurulatih dan pertukaran program-program bola sepak.

“Saya amat yakin jika aktiviti ini merupakan fokus utama gagasan ini ditubuhkan, maka sudah pasti ia akan membangunkan sukan bola sepak,” katanya ditemui semasa merasmikan bangunan KOPERKASA di sini, hari ini.

Terdahulu, persatuan-persatuan bola sepak di Borneo menyatakan hasrat untuk menubuhkan sebuah gagasan bola sepak di rantau ini iaitu Gagasan Bola Sepak Borneo dengan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) akan dilantik sebagai sekretariat yang menguruskan perihal perundangan dan pendaftaran gagasan berkenaaan.

Langkah yang diambil persatuan-persatuan bola sepak tersebut  mahu menghidupkan semula Piala Borneo yang diadakan sejak 1962.

Namun, temasya sukan bola sepak berprestij itu terkubur pada tahun 1989 apabila FA Sarawak dan FA Sabah gagal memuktamadkan perjanjian dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menyertai Liga Semi Pro dengan Brunei menjadi juara edisi terakhir piala tersebut pada tahun 1988. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan