Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluangkan masa melawat kediaman keluarga suami mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia Rohna, Bintara Muda TMK Haslie Ali di Kampung Engkeroh, di Serian, hari ini. Foto TVS

Yayasan Sarawak tanggung kos pengajian anak mendiang Joanna – Abang Johari

ByAhmad Burhanuddin

SERIAN, 28 April: Yayasan Sarawak akan menanggung kos pengajian kedua-dua anak mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia Rohna, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, Kerajaan Sarawak juga akan mendaftarkan Allesia Felice Haslie dan Hovannes Haslie ke pengkalan data yayasan berkenaan bagi memastikan pendidikan mereka terjamin.

Mendiang Joanna seorang isteri yang ‘sweet’ – Haslie

“Anak sulung mendiang masih ikuti pembelajaran awal di Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) dan apabila masuk ke sekolah rendah, sekolah menengah seterusnya ke universiti, Yayasan Sarawak akan menanggung pelajaran anaknya.

“Kedua-dua anak (mendiang) berusia satu tahun dan seorang lagi berumur empat tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kediaman keluarga suami mendiang Joanna, Bintara Muda TMK Haslie Ali di Kampung Engkeroh, di sini, hari ini.

Mendiang Joanna inginkan lemang, rakan karib terkilan gagal penuhi pesan terakhir

Tambah Abang Johari, Kerajaan Sarawak juga akan sentiasa memantau perkembangan anak-anak mendiang melalui bapa mereka terutamanya membabitkan aspek pendidikan.

Pada masa sama, Abang Johari berkata, pihaknya turut menyampaikan bantuan sebanyak RM10,000 kepada keluarga mendiang bagi meringankan beban keluarga.

Dalam kejadian pada Selasa lepas, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan 10 anggota serta pegawainya terkorban termasuk Joanna Felicia akibat nahas membabitkan dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 9.32 pagi semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang TLDM ke-90.

Jasad Joanna Felicia selamat dikebumikan mengikut istiadat rasmi TLDM di Tanah Perkuburan Kristian di Kampung Engkeroh Tebakang pada Khamis lepas. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan