Search
Close this search box.
Petinju profesional Sarawak Daeloniel Mcdelon Bong atau lebih dikenali 'Kilat Boy'. Foto TVS

Tinggalkan kem tinju negara, Kilat Boy pilih wakili Sarawak

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 28 April: Sanggup mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari kem tinju negara demi berbakti kepada negeri tercinta, itulah pengorbanan yang dilakukan oleh petinju sensasi Sarawak Daeloniel Mcdelon Bong atau Kilat Boy.

Menurut Kilat Boy keputusan itu dibuat demi mengangkat martabat sukan tinju di Sarawak.

@tvsarawak

Petinju sensasi Sarawak, Daeloniael Mcdelon Bong atau dikenali sebagai Kilat Boy jelaskan faktor beliau ‘tinggalkan’ kem tinju negara dan pulang ke Sarawak. 📱 Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! #TVS122 #TVSNews #TVSarawak #TrendingNewsMalaysia #BeritadiTikTok #SukanTVS #GelanggangKitaJaguhDunia

♬ original sound – tvsarawak – tvsarawak

“Selepas saya menyertai Sukan SEA Kemboja 2023 saya bercadang untuk mengundurkan diri atas sebab-sebab tertentu.

“Dalam masa sama, Presiden Persatuan Tinju Sarawak (Saba) Datuk Rahman Lariwoo mahukan saya untuk menaikkan nama Sarawak dalam masa yang sama memberi tumpuan sepenuhnya kepada karier profesional,” kata Kilat Boy ketika dalam episode pertama rancangan terbaharu Sukan TVS di sini, pada Sabtu.

Pada Januari 2023 Kilat Boy yang mewakili Majlis Sukan Negara (MSN) berjaya merangkul pingat emas bagi kategori 57 kilogram (kg) dalam Pesta Tinju Antarabangsa Pulau Pinang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan