Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan(tujuh dari kanan) bersama delegasi Kerajaan Sarawak ketika mengadakan lawatan kerja ke Sweden baru-baru ini. Foto, Pejabat Timbalan Premier Sarawak.

Sarawak jemput firma Sweden melabur dalam sektor pengurusan hutan

BySteward Dawi

KUCHING, 28 April: Kerajaan Sarawak menjemput pemain industri di Sweden untuk bekerjsama dalam bidang pengurusan hutan, perladangan dan industri berasaskan perkayuan di wilayahnya.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini kerana Sarawak sedang bergerak ke arah industri perkayuan yang mampan berasaskan sumber hutan untuk menghasilkan kayu kejuruteraan,bahan api biojisim, pulpa dan kertas.

Tambah beliau, Sarawak perlu diberi perhatian oleh firma di negara Nordik itu kerana mempunyai kelebihan geografi berikutan terletak berhampiran dengan pasaran besar dengan kadar pertumbuhan tinggi seperti China, Jepun, India, Korea Selatan dan Australia.

“(Sehubungan itu komuniti perniagaan Sweden harus) melihat dan mempertimbangkan potensi di Sarawak dalam bidang seperti penyelidikan dan inovasi, aplikasi digital dalam pengurusan hutan, industri hutan untuk pembinaan struktur kayu dan pembangunan modal insan,” katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan di Stockholm, Sweden.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak baru – baru ini mengadakan lawatan kerja di negara itu selama dua hari bagi mempromosikan Sarawak sebagai destinasi pelaburan.

Turut menyertai delegasi Awang Tengah ialah Duta Sweden ke Malaysia, Dr Joachim Bengstrom, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Sumber Asli Sarawak, Datuk Len Talif Salleh serta Penasihat MINTRED, Dato Sri Mohd. Naroden Majais.

Sementara itu beliau turut memaklumkan Jabatan Hutan Sarawak berminat untuk bekerjasama dengan Sweden dalam pembiakan pokok bagi menyokong usaha menghasilkan anak benih berkualiti tinggi untuk ladang hutan.

“Ini penting untuk menyokong aspirasi meningkatkan hasil ladang hutan di Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu ketika pertemuan dengan Setiausaha Negeri Kementerian Luar Bandar dan Infrastruktur Sweden, Dan Ericsson Awang Tengah turut menyampaikan pengiktirafan Kerajaan Sarawak terhadap kejayaan Sweden dalam bidang pengurusan hutan, perladangan hutan dan industri hiliran berasaskan hutan.

“(Oleh itu) kita ingin bekerjasama dengan Sweden bagi mengoptimumkan lagi faedah ekonomi sektor perhutanan di Sarawak.

“Sektor perhutanan di Sweden mempunyai ekosistem sokongan yang sangat baik yang menggalakkan inovasi berterusan.

“Ini terbukti melalui pengeluaran balak tahunan kira-kira 80 juta meter padu dari hutan mereka,”tambahnya.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan