Search
Close this search box.
Wakil daripada Pusat Pakar Perubatan Normah (NMSC) menerima Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan Hospital 2024 yang berprestij di Hotel Borobudur, Jakarta, malam tadi daripada Trend Anugerah 4.0 anjuran Indonesia Award Magazine. Foto David Andreas (TVS)

Pusat Perubatan Pakar Normah dapat pengiktirafan antarabangsa

JAKARTA, 28 April: Pusat Perubatan Pakar Normah (NMSC) Sarawak buat pertama kali menerima pengiktirafan antarabangsa apabila memenangi Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan Hospital 2024 yang berprestij  atas perkhidmatan cemerlang mereka kepada pesakit di Hotel Borobudur di sini, malam tadi.

Melalui anugerah ini, Normah berjaya membuktikan kepada rakyat di Indonesia dan Malaysia bahawa mereka adalah antara hospital terbaik di Asia Tenggara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif NMSC, Vesmawati Jaafar, pencapaian itu  berikutan komitmen berterusan pusat perubatan itu untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pesakit.

“Adalah satu penghormatan untuk kami menerima anugerah itu sebagai dedikasi kami sebagai penyedia perkhidmatan terbaik dalam industri kesihatan, serta pengiktirafan komitmen kami di peringkat antarabangsa untuk memberikan yang terbaik kepada pesakit di dalam dan luar negara,” katanya.

Beliau turut menyebut pihaknya akan terus menambah baik taraf perkhidmatan dan kemudahan bagi pesakit.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Hal Ehwal Korporat dan Pembangunan Perniagaan Alina Ibrahim, Pengarah Kejururawatan Nadzrah Basri, dan Ketua Pegawai Kewangan Masniah Abang Dawi yang turut mewakili NMSC. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan