Search
Close this search box.
Nur Hazirah Ramli mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya pertahankan kejuaran terbuka remaja perempuan pada Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Malaysia 2024 di Petaling Jaya, petang tadi. Foto, Malaysia Bowling.

Nur Hazirah pertahan gelaran juara remaja Terbuka Antarabangsa Malaysia 2024

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 28 April: Atlet boling Sarawak, Nur Hazirah Ramli berjaya meraih kejuaraan antarabangsa sulungnya tahun ini.

Atlet berusia 21 tahun berasal dari Kuching itu melakukan dengan penuh bergaya apabila mempertahankan gelaran juara terbuka remaja perempuan pada Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Malaysia 2024 di Sunway Megalanes, Bandar Sunway, Petaling Jaya petang tadi.

Atlet Sarawak muncul juara dua kejohanan antarabangsa dalam tempoh empat hari

Namun laluan pemenang pingat gangsa Kejohanan Remaja Asia 2023 itu tidak mudah apabila dicabar hebat oleh wakil Singapura, Hazel Tan Wei Ning sepanjang lapan permainan.

Nur Hazirah bermula cemerlang dengan jatuhan 223 pin pada perlawanan pertama namun catatan lemah 148 pin pada game kedua menyebabkan dia tercicir daripada kedudukan podium.

Piala Dunia Remaja: Nur Hazirah rampas kedudukan teratas

Hazel Tan kemudian memimpin saingan selepas separuh pertandingan apabila melakukan 243 pin berbanding 195 pin dilakukan Nur Hazirah.

Peluang Nur Hazirah kembali terbuka luas pada permainan terakhir apabil berjaya menjatuhkan 266 pin ketika pencabar utamanya itu bergelut mendapatkan rentak balingan apabila sekadar melakukan 170 pin.

Pemain boling Sarawak bakal terbang ke Peru, buru impian bergelar juara remaja dunia

Catatan keseluruhan 1,719 pin sudah cukup untuk Nur Hazirah keluar sebagai pemenang manakala Hazel akur di tempat kedua dengan catatan 1,686 pin.

Atlet Perak, Noratiqah Syauqina pula menamatkan saingan di tempat ketiga.

Pemain boling Sarawak curi tumpuan di Filipina

Selaku juara, Nur Hazirah membawa pulang trofi dan wang tunai RM5,000.

Sementara itu Sarawak seolah-olah memberi amaran awal menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) di tempat sendiri pada Ogos depan selepas atlet remaja lelakinya, Ethan Damien Goh Chen Ming muncul juara.

Ethan Damien tidak berdepan masalah apabila mendahului sejak permainan pertama menerusi catatan 258,256,237,234,189,192,178 dan 188 pin untuk jumlah terkumpul 1,732.

Pemain Australia, Blake Walsh muncul naib juara dengan himpunan 1,683 pin manakala seorang lagi wakil Sarawak, Tsen Fan Yem menamatkan cabaran di tempat ketiga dengan jatuhan 1,679 pin.

Kemenangan itu menyaksikan Ethan Damien membawa pulang RM8,000 sekali gus mencerahkan peluangnya untuk terpilih membarisi skuad boling SUKMA lelaki Sarawak.

Semalam Sarawak turut muncul juara kategori remaja perempuan graded menerusi Khairina Fatiha  Abdul Latif.

Kejohanan bersambung dengan pusingan kelayakan membabitkan kategori terbuka yang turut disertai peserta dari Singapura, India, Hong Kong, Uzbekistan, Australia dan Filipina.

Juara kategori lelaki akan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 manakala juara terbuka wanita RM30,000.

Pemain boling remaja Sarawak, Lavinia Kho Jia Jie merupakan juara bertahan kejohanan ini. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan