Search
Close this search box.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng bersama peserta larian amal Meow Autism Run 2024 di perkarangan MBKS, pagi tadi. Foto TVS

Larian amal Meow Autism Run 2024 tarik lebih 3,000 penyertaan, raih dana berjumlah RM120,000

KUCHING, 28 April: Lebih 3,000 peserta memeriahkan acara larian amal Meow Autism Run 2024 di perkarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), pagi tadi.

Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng berkata, larian itu diadakan bagi mewujudkan kesedaran tentang komuniti autisme di Kuching.

Dalam masa sama, ia turut menyemai gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak autisme, selain merapatkan hubungan kekeluargaan.

“Saya menyokong penuh usaha Persatuan Autisme Kuching (KAA) dalam meningkatkan kesedaran autisme dalam kalangan masyarakat.

“Ia merupakan komitmen yang begitu besar dalam melahirkan masyarakat yang penyayang terhadap golongan ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan acara Meow Autism Run di sini, hari ini.

Tambah Wee, larian tersebut juga akan membantu mengumpul dana bagi pengoperasian Pusat Pendidikan & Latihan Vokasional KAA yang berjumlah RM1.2 juta setiap tahun.

“Penyertaan seramai lebih 3,000 peserta hari ini merupakan salah satu indikator menunjukkan sokongan kepada golongan ini.

“Selain itu, kita juga telah berjaya mengumpul dana berjumlah RM120,000 bagi membiayai Pusat Pendidikan & Latihan Vokasional KAA,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan