Search
Close this search box.
KL City FC dan kelab Singapura, Hougang United FC juga akan menyertai kejohanan berkenaan bermula esok di Stadium Likas, Sabah.

Kuching City FC sertai Piala Sabah Maju Jaya, medan persediaan hadapi Liga Super

ByBernama

KOTA KINABALU, 28 April: Kejohahan Piala Sabah Maju Jaya (SMJ) 2024 bermula di Stadium Likas di sini esok bakal menjadi medan untuk mengukur tahap kecergasan dan mengenal pasti kombinasi dan keserasian pemain Sabah FC bagi menghadapi musim baharu saingan Liga Super bulan depan.

Ketua jurulatih Sabah FC Datuk  Ong Kim Swee berkata walaupun sasaran untuk muncul juara antara empat pasukan bertanding namun beliau mahu melihat kekuatan dan kelemahan anak buahnya sebelum perlawanan Liga Super bermula 10 Mei ini.

Selain Sabah FC, kejohanan seminggu itu bermula esok hingga Ahad depan menampilkan dua lagi pasukan Liga Super iaitu KL City FC dan Kuching City FC di samping bekas lawan Sabah FC dalam kempen Piala AFC 2023, Hougang United FC dari Singapura.

Bercakap ada sidang media praperlawanan Piala SMJ di Stadium Likas hari ini, Kim Swee berkata beliau akan memberi peluang kepada pemain muda tempatan Skuad Badak untuk mendapat minit permainan dan juga bergantung kepada situasi perlawanan dan keupayaan pemain itu tersendiri.

Sidang media itu turut disertai ketua kurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin dan ketua jurulatih Hougang United FC Marko Kraljevic.

Kraljevic menyifatkan kejohanan di sini sebagai medan terbaik untuk melihat prestasi anak buahnya yang terdiri daripada 78 peratus muka baharu menjelang Liga Perdana Singapura yang bermula 10 Mei ini.

Pasukan yang lebih dikenali sebagai ‘The Cheetahs’ menduduki tempat keenam musim lepas.

“Pasukan Singapura sentiasa berminat untuk menentang pasukan di Malaysia yang menunjukkan peningkatan prestasi sejak beberapa tahun lalu dan ada banyak perkara yang boleh belajar di sini dan mengukur tahap persediaan kami,”katanya.

“Kami mempunyai pilihan aksi persahabatan pramusim di Sabah atau Kuala Lumpur tetapi memilih Sabah kerana tahun lepas (Piala AFC) kami bermain di sini dan melihat permainan Sabah cukup baik..kami suka cabaran menentang pasukan yang bagus,”katanya.

Kejohanan Piala SMJ akan berlangsung secara format liga dengan juara membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, naib juara (RM10,000), ketiga (RM5,000) dan pasukan keempat menerima RM3,000.

Orang ramai boleh membeli tiket secara dalam talian di laman www.tickethotline.com.my.

Harga tiket berbumbung ialah RM15 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun manakala tiket di kawasan terbuka ialah RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan