Search
Close this search box.
Menteri Sumber Manusia (KESUMA) Steven Sim Chee Keong ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja di University of Cyberjaya (UoC), Cyber 11, Cyberjaya, hari ini. (Foto Bernama)

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 berkuat kuasa 1 Jun

ByBernama

CYBERJAYA, 28 April: Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini sekali gus meningkatkan lagi tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja di seluruh negara, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Sim berkata beliau telah menandatangani warta untuk mempercepatkan pelaksanaan dan penguatkuasaan akta berkenaan yang tertangguh hampir dua tahun.

“Maka dalam masa 100 hari (kemudi kementerian) saya telah tandatangan warta untuk kuat kuasa pindaan baharu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Sedua bagi Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja di sini hari ini.

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (pindaan) 2022 telah diluluskan oleh Parlimen pada 16 Mac 2022.

Menurut Sim penguatkuasaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (pindaan) 2022 mewajibkan majikan menganalisis risiko di tempat kerja dan melantik penyelaras keselamatan kesihatan.

“Syarikat yang ada lima pekerja ke atas wajib lantik seorang penyelaras…penguatkuasaan akta ini amat dinantikan oleh sektor pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

“Penyelaras adalah satu perkara baharu dan dengan adanya orang terlatih ini, maka kita harap persekitaran tempat kerja lebih selamat,” katanya.

Sementara itu, Sim berkata sebanyak 13,000 pekerja akan mengikuti program latihan Pertolongan Cemas Kesihatan Mental Pekerjaan di seluruh negara tahun ini.

Menurutnya program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan dengan 4,000 pekerja telah dilatih sejak ia dilancarkan pada Februari lepas.

“Kita harap usaha ini akan memperkasa lagi amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja…masalah kesihatan mental juga antara fokus kita di kementerian,” katanya.

Pada majlis hari ini, sebanyak 2,500 peserta terdiri daripada pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) menyertai lafaz ikrar integriti sekali gus mencipta rekod sebagai “Ikrar Integriti Terbesar oleh Pengamal OSH di Malaysia” dalam Malaysian Book of Records. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan