Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof (dua kiri) bersama Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tiga kanan) pada perasmian Sambutan Hari Air Sedunia di Kuching, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS).

46 projek air bernilai RM6.01 bilion diluluskan di Sarawak – TPM Fadillah

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 28 April: Sejumlah 46 projek berkaitan air yang meliputi 33 projek sambungan dan 13 projek baharu dengan kos sebanyak RM6.01 bilion telah diluluskan di Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jumlah peruntukan diluluskan bagi pelaksanaan tahun ini pula bernilai RM298 juta.

Jelas beliau, kesemua projek itu antaranya merangkumi perlindungan banjir dan banjir pantai, hakisan pantai, pemuliharaan muara, kajian pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu, pembangunan loji rawatan kumbahan dan menaik taraf loji rawatan air.

“Kerajaan Persekutuan yakin apabila siap keseluruhan projek pelbagai skop ini, ia akan dapat mengatasi isu bencana air, serta meningkatkan penyampaian bekalan air dan pembetungan yang memberi impak yang positif kepada penduduk Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Air Sedunia 2024 yang dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir serta Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi.

Sementara itu Fadillah yang juga Menteri PETRA turut menekankan bahawa air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin kepada pembangunan negara yang mampan.

Sehubungan itu jelas beliau ketidaksamaan yang berlaku dalam agihan sumber air serta akses terhad kepada bekalan air dan perkhidmatan sanitasi boleh menjadi penghalang kepada keamanan dan kestabilan negara.

“Oleh itu, besar hasrat saya supaya konsep ‘diplomasi air’ diperluaskan kepada pelbagai pihak, dalam memupuk penyelesaian yang inovatif melalui dialog, perkongsian data dan membuat keputusan bersama, agar risiko konflik dapat dikurangkan seterusnya mencapai hasrat ‘Air untuk Keamanan’,” katanya

Berkenaan majlis sambutan tahun ini, Fadillah berkata pemilihan Sarawak sangat bertepatan dengan tema kerana kepelbagaian etnik dan budaya di Sarawak merupakan tunjang utama memupuk kestabilan dan kemakmuran setempat.

“Perkongsian hasil negeri yang kaya terutamanya sumber air menjadikan sungai di Sarawak menjadi medium utama keamanan dan keharmonian masyarakat Sarawak,” tambah beliau. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan