Search
Close this search box.
Bakal jemaah haji Sarawak Zon Selatan melakukan simulasi ibadah haji di PITAS, UNIMAS. Foto, TVS.

31,600 bakal haji Malaysia ikuti Kursus Perdana Haji secara berperingkat

ByLuqman Muhammad

KOTA SAMARAHAN, 28 April: Seramai 31,600 bakal jemaah haji telah mengikuti Kursus Perdana Haji Musim 1445H/2024M anjuran Lembaga Tabung Haji (TH).

Kursus berkenaan diadakan secara berperingkat di seluruh negara bermula 20 April lepas hingga 5 Mei ini.

Ketua Pegawai Modal Insan TH Zainudin Ismail berkata, penganjuran kursus berkenaan membolehkan bakal jemaah meningkatkan kefahaman mereka berhubung perkara yang mungkin membawa kemusykilan.

“Kursus ini juga membolehkan TH memberikan maklumat terkini berkenaan operasi haji musim ini.

“Insya-Allah, TH akan menguruskan seramai 31,600 orang jemaah Malaysia ke Tanah Suci pada tahun ini. Kami mendoakan agar semua bakal haji Malaysia akan memperoleh manfaat dan diberikan kefahaman ilmu ibadat haji yang lengkap melalui kursus-kursus yang dianjurkan oleh TH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji Peringkat Sarawak di Pusat Islam Tun Salahuddin (PITAS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, hari ini.

Katanya lagi kursus asas haji dan kursus intensif haji yang telah bermula sejak Oktober 2023 dan berterusan sehingga penganjuran Kursus Perdana Haji yang merupakan platform ulang kaji akhir sebelum bakal haji berangkat.

“TH percaya aktiviti praktikal dalam kursus ini akan dapat melatih tuan-tuan dan puan-puan supaya bersedia menghadapi pelbagai situasi termasuk suasana tidak selesa dan serba kekurangan semasa kemuncak haji nanti yang melibatkan perhimpunan hampir tiga juta orang,” katanya lagi.

Terdahulu Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hadir merasmikan Kursus Perdana Haji Peringkat Sarawak bagi Zon Selatan.

Seramai lebih 600 orang bakal jemaah haji dari Zon Selatan Sarawak telah mengikuti kursus tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan