Search
Close this search box.
Kira-kira 1,000 pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan tulisan kaligrafi Cina terpanjang di Malaysia sepanjang 2.68 km di kampus induk USM semalam Foto USM

MBOR: USM cipta rekod kaligrafi Cina 2.68 km

ByTVS

GEORGE TOWN, 27 April: Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta rekod Malaysian Book of Records (MBOR) dengan menghasilkan tulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer (km) di kampus induknya di sini.

Rekod berkenaan telah dicatatkan oleh seramai  1,000 pelajar yang berbilang bangsa dan etnik dari seluruh negara dan pelajar antarabangsa bersama Persatuan Bahasa Tionghua USM, pada Jumaat.

Tulisan berdakwat hitam di atas kertas berwarna merah tersebut berjaya disiapkan dalam tempoh enam hari bermula 20 April sehingga semalam.

Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Professor Dr. Shaharum Shamsuddin berkata, kejayaan itu membuktikan kecemerlangan pelajar USM tidak terhad dalam bidang akademik namun turut merangkumi kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum.

“Kemahiran kepimpinan dan kemahiran insaniah yang ditunjukkan mereka juga merupakan bukti kemampuan luar biasa dalam menghadapi cabaran.

“Ia sekaligus mengaplikasikan kepelbagaian budaya negara untuk memperlihatkan keunikan dan aspirasi mahasiswa,” katanya pada Majlis Penyerahan sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records di kampus USM di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Puyu, Phee Syn Tze; Penolong Pengurus Pemasaran Malaysian Book of Records, Jeska Seah; Penasihat Persatuan Bahasa Tionghua USM, Dr. Lee Ping Ling dan Yang Di-pertua Persatuan Bahasa Tionghua, Kang Kim Hwee.

Sementara itu, Syn Tze berkata, rekod yang dicipta itu bukan hanya menunjukkan negeri ini dikenali sebagai Mutiara Timur dan Lembah Silikon Timur, tetapi juga sebuah negeri yang inklusif, berdiversiti, perpaduan serta toleransi antara etnik, agama dan budaya.

“Kejayaan ini membuktikan bahawa peneraju masa depan negara kita iaitu mahasiswa dan mahasisiwi mampu memainkan peranan dalam mendorong kesepaduan sosial dan interaksi budaya.

“Mereka merupakan wakil masa depan yang akan menjadi jambatan dan meneruskan kepelbagaian budaya Malaysia,” katanya. – TVS

 

Ikuti Channel WhatsApp TVS agar tidak terlepas berita terkini. Klik di sini!

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan