Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr Sim Kui Hian memanfaatkan lawatan kerja dengan berkunjung ke pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia di Switzerland. Foto Dr Sim Kui Hian (Laman X)

Sarawak pastikan daya tahan sistem kesihatan negeri

ByKimberly Dickson

KUCHING, 26 April: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mempunyai enam aktiviti objektif strategik yang harus dijadikan panduan untuk kestabilan kesihatan di Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian yang sedang dalam lawatan kerja ke Switzerland berkata Sarawak perlu mengambil bahagian dalam memajukan ekuiti kesihatan dan daya tahan sistem kesihatan negeri.

Beliau berkata kepada delegasinya bahawa penerokaan untuk segala potensi yang wujud harus direbut untuk pembangunan Sarawak.

“Khususnya untuk Sarawak mengambil bahagian dalam memajukan ekuiti kesihatan dan daya tahan sistem kesihatan WHO dengan keadaan dunia yang bergolak ini, agenda kesihatan global bagi tahun 2025 hingga tahun 2028 Sarawak adalah dengan perlu menyertai kesemua enam aktiviti objektif strategik WHO,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Enam aktiviti objektif strategik WHO adalah:

  • Aktiviti objektif strategik pertama adalah untuk penggalakan kesihatan, iaitu dengan bertindak balas terhadap perubahan iklim dan ancaman kesihatan yang semakin meningkat pada abad ke-21.
  • Kedua, bagi menangani penentu kesihatan dan punca utama kesihatan dalam dasar utama di seluruh sektor.
  • Penyediaan kesihatan, dengan perlu memajukan pendekatan untuk penjagaan kesihatan primer dan kapasiti sistem kesihatan yang penting untuk liputan kesihatan sejagat.
  • Perlindungan kewangan untuk menangani ketidaksamaan termasuk ketidaksamaan jantina untuk kepentingan kesihatan bersama.
  • Aktiviti objektif strategik bagi perlindungan kesihatan pula, perlu mencegah, mengurangkan dan mempersiapkan risiko kepada kesihatan dari semua bahaya.
  • Harus cepat mengesan dan mengekalkan tindak balas yang berkesan terhadap semua kecemasan kesihatan.

Terdahulu, Dr Sim, menghadiri majlis makan malam Diaspora Sarawak bersama kakitangan Wakil Tetap Malaysia ke Pejabat Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu di Geneva. – TVS

 

Ikuti Channel WhatsApp TVS agar tidak terlepas berita terkini. Klik di sini!

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan