Search
Close this search box.
Bomba memadamkan kebakaran di bangunan yang rosak berikutan serangan peluru berpandu di Odesa, di tengah-tengah pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. Foto AFP

NATO gesa negara anggota bantu Ukraine

ByAFP

KUCHING, 26 April: Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menggesa negara anggotanya memberi lebih banyak sokongan kepada Ukraine dalam berdepan dengan serangan Rusia.

Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg berkata badan dunia itu perlu melakukan lebih banyak sokongan untuk Ukraine yang berdepan serangan hampir setiap hari hingga menyaksikan banyak kemusnahan infrastruktur di negara Balkan itu.

Sementara itu, gesaan yang dibuat oleh Stoltenberg ekoran kelewatan persetujuan yang diberi oleh Amerika Syarikat berhubung pakej bantuan baharu untuk Ukraine.

“Ukraine sebenarnya telah bergelut dalam beberapa minggu kebelakangan ini untuk menangkis serangan barisan hadapan Rusia,” katanya semalam.

Dalam pada itu, Ukraine kini dilaporkan kehabisan senjata dan mengalami kekurangan anggota pertahanan udara hingga membolehkan lebih banyak peluru berpandu dan dron peluru berpandu Rusia mencapai sasarannya.

Susulan itu, Stoltenberg menggesa sekutu NATO untuk menunaikan ikrar mereka dengan menghantar senjata ke Ukraine dan melakukannya dengan cepat. – TVS

 

Ikuti Channel WhatsApp TVS agar tidak terlepas berita terkini. Klik di sini!

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan