Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakam kenangan bersama Marshal Wilayah Wielkopolska, Marek Wozniak selepas majlis makan malam. Foto Sarawakku (FB)

Wujudkan program pertukaran pelajar Poland – Sarawak, erat hubungan dua hala – Abang Johari

ByAhmad Azlan Shah

POZNAN, 25 April: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mencadangkan program pertukaran pelajar antara universiti di Poland dan Sarawak diwujudkan sebagai usaha meningkatkan hubungan dua hala antara kedua wilayah.

“Dengan semangat persahabatan dan kerjasama, program pertukaran pelajar antara universiti di wilayah kita akan memupuk persefahaman yang lebih erat di kalangan rakyat kita,” kata beliau pada satu majlis makan malam pada Rabu.

Abang Johari dalam pada itu turut menzahirkan terima kasih kepada Marshal Wilayah Wielkopolska, Marek Wozniak atas jemputan ke sini sambil mempelawa Wozniak untuk melawat Sarawak.

Bercakap mengenai lawatan kerja ke Poznan, Abang Johari mendedahkan kehadiran deligasi Sarawak ke wilayah berkenaan bukan sekadar menghadiri persidangan namun turut berpeluang menambah pemahaman berkaitan matlamat Sarawak terhadap alam sekitar.

Sejurus itu, Abang Johari juga mendedahkan bahawa Sarawak bakal menjadi tuan rumah persidangan global yang penting, termasuk Kongres dan Pameran Air Sedunia Antarabangsa yang dijadualkan pada 2028.

Sementara, majlis turut menyaksikan Wozniak menghargai jemputan Abang Johari serta memuji penyertaan Sarawak dalam forum berkenaan.

Wozniak juga mengambil kesempatan itu untuk memuji inisiatif hijau Sarawak dan komitmennya terhadap dekarbonisasi.

Beliau seterusnya menyatakan bahawa wilayah di seluruh dunia, termasuk Sarawak, berkongsi kebimbangan Eropah tentang perubahan iklim dan menekankan kepentingan usaha kerjasama untuk mengurangkan impak tersebut.

Sebelum ini, Abang Johari turut dijemput untuk menyertai di Forum Hidrogen Eropah Tengah dan Forum dekarbonisasi Eropah Tengah yang ketiga sebagai ahli panel jemputan khas.

Delegasi Sarawak ke Poland, diketuai oleh Abang Johari, termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Duta Malaysia ke Poland Dato’ Chitra Devi Ramiah, dan Ketua Setiausaha Politik kepada Premier, Fazzaruddin Abdul Rahman. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan