Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi Taib menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam yang diadakan di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Petra Jaya, malam ini. Foto Astana Negeri Sarawak

Tun Dr Wan Junaidi, isteri hadir ke Forum Perdana Ehwal Islam

KUCHING, 25 April: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Petra Jaya, malam ini.

Forum bertajuk ‘Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu diadakan sempena Persidangan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam (JPPIK) Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali ke-60.

Menurut Astana Negeri Sarawak, lebih 1,000 orang hadir bagi menonton forum selama satu jam yang turut disiarkan secara langsung menerusi saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Inti pati forum tersebut ialah memperkasakan Institusi Pendidikan Islam di Malaysia merupakan tanggungjawab bersama agar institusi ini dapat menandingi institusi pendidikan yang lain.

Forum tersebut menampilkan Ustaz Hariri Daud dari JAKIM sebagai moderator bersama tiga panel iaitu Mufti Negeri Sarawak, Datu Kipli Yassin, Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB), Tan Sri Dato Alimuddin Mohd Dom dan pensyarah di Pusat Kajian Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim.

Forum tersebut menyaksikan ahli panel juga mengupas peranan Pendidikan Islam mendepani cabaran teknologi kecerdasan buatan (AI).

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan