Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Foto fail Bernama.

Semua program, aktiviti penceramah pro-Zionis diarah batal – Zambry

KUALA LUMPUR, 25 April: Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengarahkan semua program dan aktiviti yang dijadualkan dihadiri seorang penceramah asing dipercayai pro-Zionis di Universiti Malaya (UM) dibatalkan segera.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memandang serius tindakan penceramah itu yang mengeluarkan kenyataan dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Beliau berkata UM telah diminta untuk menyiasat dan melaporkan segera butiran lanjut berkaitan perkara tersebut.

“Saya ingatkan setiap agensi dan institusi di bawah KPT agar peka, berhati-hati dan membuat semakan latar belakang dengan teliti sebelum menjemput mana-mana individu atau pihak ke majlis dan program yang dianjurkan.

“Setiap keputusan yang diambil perlu mengambil kira sensitiviti dan selari dengan polisi serta pendirian kerajaan,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Zambry berkata walaupun institusi pengajian tinggi (IPT) diberi autonomi untuk memutuskan program intelektual, namun ia tidak bermakna institusi bebas secara mutlak sehingga tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat Malaysia.

“Sekiranya kesarjanaan seseorang diselaputi pelbagai kontroversi dan nilai akademik yang dipertikaikan, kenapa harus dibawa menjadi sarjana pelawat? Perlu ada penilaian yang wajar sebelum memilih,” katanya menerusi hantaran di platform X hari ini.

Semalam, tular di X berhubung kehadiran pensyarah Bruce Gilley yang pro-Zionis dalam satu program di UM, yang dimuat naik sendiri oleh profesor sains politik tersebut.

Bagaimanapun, perkara itu mendapat kecaman rakyat Malaysia sebelum hantaran itu dipadam oleh Gilley, yang turut memberitahu dirinya telah meninggalkan Malaysia hari ini. -TVS

Tags: #ipt, #UM

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan