Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr Sim Kui Hian merakam kenangan semasa berkunjung si Fakulti Perubatan di Universiti Swiss Bern. Foto Sim Kui Hian (FB)

Sarawak ingin terokai kerjasama bidang perubatan dengan Switzerland – Dr Sim

ByKimberly Dickson

KUCHING, 25 April: Sarawak sedang meneroka kerjasama berkaitan bidang perubatan dengan Switzerland, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Hasrat itu diluahkan dalam satu hantaran di Facebook beliau seterusnya menyeru agar pihak berkaitan di negeri ini mencontohi  Fakulti Perubatan di Universiti Swiss Bern.

Beliau memberitahu Fakulti Perubatan di Universiti Swiss Bern ditubuhkan pada 1834 telah berada di Kedudukan 94 Dunia iaitu lima teratas di Switzerland dengan 20,000 pelajar dan 8,000 pekerja dengan anggaran sebanyak 1 billion Swiss Franc iaitu 34 peratus dari Kerajaan Canton, 15 peratus dari Kerajaan Persekutuan dan selebihnya kompetitif dari swasta.

“Fakulti perubatan universiti ini mempunyai 56 jabatan atau institusi, 124 profesor iaitu 11 daripadanya merupakan jurutera dan 2,411 pelajar perubatan terbesar di Switzerland yang memerlukan belanjawan sebanyak 211 juta Swiss Franc dari universiti manakala 999 juta Swiss Franc dari pihak ketiga,” katanya

Sehubungan itu, Dr Sim mahu Sarawak mewujudkan pusat pengajian serupa untuk melahirkan lebih ramai anak Sarawak yang profesional dalam bidang perubatan.

Difahamkan Hospital Universiti Bern adalah hospital terbesar di Switzerland yang mempunyai 1,354 katil dengan 11,300 pekerja dan bajet tahunan berjumlah 1.76 bilion Swiss Franc. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan